Sempenaa cuti umum Maulidurasul pada 24.1.2013, saya mengambil kesempatan membawa keluarga mengunjungi beberapa pusat membeli belah bagi membuat persiapan untuk cuti pada awal Februari nanti. Biasanya sebelum memasuki pusat membeli belah, saya akan membawa mereka ke kedai makan bagi mengalas perut sebelum misi dilaksanakan.
Setelah habis meronda dan mendapat keperluan masing-masing, mereka kembali ke kampung dan meninggalkan saya sorang diri kota metropolitan ini untuk satu malam lagi sebelum kembali melawat mereka pada hujung minggu.
Tidak mahu mengganggu masa emas bersama-sama dengan mereka saya membiarkan mereka sepuas hati untuk membeli apa saja yang mereka inginkan seb=hingga mereka puas dan kepenatan. setelah mereka pulang saya tidak mahu bosan seorang diri di rumah saya keluar untuk melihat peralatan memancing bagi misi pada Sabtu nanti.
Saya teringin benar mencuba teknik popping seperti yang saya saksikan dalam video clip melalui you tube. Jika pada tahun 2009 yang lalu saya pernah menaikkan GT seberat 9.2kg di kuala sungai Sipitang, tidak mustahil spesis ini menjadikan spot berkenaan tempat mereka bermain. Atas keyakinan inilah saya ingin mencupa telnik berkenaan dan ingin membeli popper bagi misi sambilan pada Sabtu nanti.
Keluar dari rumah saya mencuba kedai pancing yang tidak berapa jauh dari rumah, tetapi malangnya mereka tutup sempena dengan cuti umum. Tidak berpuas hati dengan hanya mencuba satu kedai pancing saya keluar ke bandar KK sekitar Sinsuron. Malang sekali semua kedai peralatan pancing juga tutup dan meraikan cuti umum.
Saya pulang ke rumah dengan sedikit kecewa kerana hajat tidak tercapai.....
No comments:
Post a Comment