Sudah lama juga saya tidak ada posting mengenai aktiviti memancing. Bukan tidak turun untuk beraksi, tetapi setiap kali turun, pulangan yang tidak membolehkan cerita dimuat dalam blog. maknanya banyak kumpau daripada berisi. Begitu lah kesan daripada fenomena cuaca yang tidak menentu. Ditambah pula, angin bertiup tanpa diduga, dan amat dibimbangi jika turun beraksi jauh ditengah laut.
Membuang kebosanan dan mengisi masa lapang, saya banyak membuat posting secara 'share' dengan gambar dari pelbagai aktiviti memancing selain memuat lagu-lagu nostalgia dan evergreen. Jika nelayan tradisi masa ini bankyak digunakan memperbaiki peralatan memancing. Jadi sebagai anglerz ini masa untuk menginsafi bahawa pekerjaan sebagai nelayan memang banyak bergantung kepada keadaan. sekian ..
0 comments:
Post a Comment