Sunday, 2 October 2011

MENAGIH JANJI DUA TAHUN LALU AKHIRNYA TERTUNAI






Janji untuk turut beraksi ke laut yang dibuat lebih dua tahun lalu akhirnya tertunai jua pada 1 Oktober lalu. Beliau mengidam dan mensyaratkan untuk merasai tarikan ikan besar. Pada trip yang diatur beliau datang sedikit terlewat tetapi janji untuk aksi ditepati.

Trip bermula mencari umpan hidup. Mujur teman yang turut dalam aksi ini mempunyai bakat besar dalam menebar jala bersaiz 18 kaki, dengan keluasan yang ada, mudah memperolehi udang hidup. Rasanya lebih 200 ekor dibawa untuk trip berempat ini.

Cuma menjadi masalah adalah keadaan air yang bergerak dengan perlahan dari o.5 - 1.5. Lokasi yang dibawa adalah JTSFI, kawasan mainan kawanan GT. Dalam trip ini sempat melihat kawanan GT 'melarau' dibeberapa kawasan. Ini memberi isyarat bahawa ikan masih bermain di kawasan berkenaan.

Sebagaimana dihajati, tetamu menjadi orng pertama menaikkan GT kali ini, dan rakan yang seorang lagi juga tidak pulang hampa walau jumlahnya tidak menyerlah. Tarikan makhluk misteri menambah keyakinan bahawa ikan besar menghuni bawah JT berkenaan, apabila geng tetap infongail gagal menahan asakan yang hebat, dan belum pun habis amaran saya, "jangan release" sangat tali pancing ia membuat larian deras menuju ke tiang, dan taktik ini memang menjadi igauan parapemancing di sini. Kecewa ....kerana gagal menawan pemangsa....

Sebagai hadiah kerana menepati janji dahulu, beliau dihadiahkan sebatang pancing yang telah banyak berjasa untuk kegunaan aksi ringan. Sepanjang perkhidmatan dengan geng infongail, pancing yang dihadiahkan pernah mengalahkan seekor TUNGAP seberat 2.5 kg......

Sunday, 25 September 2011

lagi khazanah dari JTSFI




Pagi Ahad 26.9.2011, merupakan hari hari dimana penghuni sekitar JTSFI begitu frenzy sehingga beberapa kawasan seakan hujan lebat yang sedang melanda kawasan persekitarannya. Antara penghuni yang menggila pagi tadi adalah GT dan cencaru aka garunggung yang bersaiz 3 ekor bagi satu kilo.

Namun disebabkan hidangan biasa disediakan, hanya GT yang galak membaham umpan. Sedikit gambar untuk rekod.

Sunday, 18 September 2011

HASIL DARI JTSFI

Ini adalah hasil GT dan ikan yang sewaktu dengannya dari JTSFI, yang diberitakan dari hujung minggu lalu asyik frenzy di sepanjang jeti berkenaan. Walau bagaimanapun, misi hari Malaysia pada jumaat, kami hampir kumpau, entah kenapa..pada hal kawanan ikan juga frenzy di sana sini. Kami hanya dapat mendaratkan 4 ekor GT remaja dan seekor kerapu remaja. Amat menyedihkan bila dilihat daripada kawanan yang frenzy terutama sekali saiz bagak turut menggila menampakkan diri, seolah-olah mencabar kami.

Disebabkan kelmarin tidak turun beraksi, jadi hari ini dijadikan hari belas dendam. Ditambah pula hari ini adalah aksi solo, saya memulakan misi agak lewat sekitar jam enam pagi bagi misi pertama iaitu mencari umpan hidup. Tebaran jala hanya menghasilkan tidak lebih daripada 15 ekor udang hidup, namun kebaikan hati 'rakan nelayan' nelayan yang melakukan aktiviti pukat tunda, dengan murah hati memberikan hampir 50 ekor udang hidup dengan rata-rata saiz kegemaran GT. Dengan modal sedemikian, saya terus memecut ke lubuk idaman. Lubuk pertama kurang mendapat perhatian setelah hampir setengah jam tiada sambaran.
Kemudian melihat kawasan frenzy, saya perlahan-lahan menghampiri lubuk berkenaan. Tanpa menunggu lama umpan dihidangkan mendapat sentapan yang ditunggu sebagai mengubat jiwa. Tarikan demi tarikan antara kail dengan kekili selain 'hand line'. Yang berjaya menaikkan saiz table kali ini ada lah dari aksi hand line. Untuk misi akan datang, sedikit pengalaman diperolehi antaranya, jarak antara kawasan 'frenzy' tidak boleh terlalu dekat, keran akelibat manusia amat menakutkan ikan-ikan. Kedua, huluran tali mengunakan hand line denganteknik hanyutan lebih berkesan kerana ikan bermain dipertengahan air, dan menggunakan umpan saiz besar amat berkesan kerana kekuatan umpan untuk berenang membwa tali membawa kepada kawasan ikan berkeliaran. Hari ini setelah hampir jam 9.30 pagi dan air telah mula naik dsiamping ikan mula menyepikan diri serta tidak ada sambaran berlaku saya menaikkan sauh dan beredar. Hasilnya lebih 4.5 kg dapat didaratkan. Cukup untuk aksi minggu ini...kawan yang tidak dapat beraksi kerana berhalangan...hehe mungkin terasa rugi dan sedikit sesalan apabila melihat tangkapan agak lumayan hari ini...Jangan mare....








Friday, 22 July 2011

TO MY FOREIGN VISITORS....WE ARE SORRY

Seeing from the neocounter which I installed recently, its quite clear that, this blog received good response from foreign country among others from UK, US Thailand as well as Brunei and Indonesia. Since most article are all written in Bahasa Malaysia, I believed those country like US , UK and Thailand are having problem in understanding what have been reported. So we are apologize to all visitors from country which used English as the main language...

Thank you and keep on visiting this blog..

Monday, 18 July 2011

UBAT MENGANTUK DAN PENAWAR BORING



Baki umpan uadng hidup kelmarin disimpan dan dengan sentiasa menukar airnya, terbukti ia masih segar meskipun agak lemah. Namun tidak menghalang daripada tarikan selera MJ dan kerapu batang yang menghuni JPPS

Sebaik menyedari keadaan air yang agak cantik, saya menggunakan baki umpan yang hidup bagi menduga JPPS yang memang terkenal dengan 'stock pile' yang cukup untuk menghilang kan rasa bosan.

Hasilnya dua ekor ikan sudi menjamah umpan hidup saya, hanya beberapa minit sebelum azan maghrib berkumandang.

TURUN BERAKSI DENGAN TETAMU ISTEMEWA



Kelmarin Ahad turun bersama Pegawai Daerah menduga beberapa lubuk dan padang tempur. Tanpa mempunyai agenda lubuk yang khusus untuk diduga, saya mengikut naluri kemana sahaja asal dapat melayan tetamu istemewa pada trip kali ini. Tetamu yang dimaksudkan adalah seorang pegawai tertinggi di daerah ini iaitu Pegawai Daerah Sipitang, yang berkongsi minat beraksi di laut.

Kami turun sekitar jam 6 pagi, dan saya menyediakan peralatan seawal jam 5.30 pagi supaya masa dapat dijimatkan. Kami bertolak dan terus mencari lubuk umpan hidup yang memang terkenal dengan simpanan tetap yang banyak. Air agak masih cetek menyebabkan beberapa kali kipas engin terhantuk dan terhanggut-hanggut. Tebaran pertama membuktikan petanda yang baik seekor udang bersaiz KING meronta. Tebaran demi tebaran memang menghasilkan umpan yang dihajati.

Kami segera ke lubuk pertama sebuah 'lawa-lawa'/unjam tingggal, tetapi malang tidak berpenghuni. Kami ternampak nelayan bertahan di sebuah lubuk diikuti dengan rakan mereka yang sibuk membuat tundaan mencari pemangsa ganas ' tenggiri'. Kami tidak mahu ketinggalan, tetapi hasilnya juga agak menghampakan.

Saya memujuk hati untuk menuju ke sebuah kapal besar di tengah laut. Disebabkan ombak agak ganas kami terhanguk-hanguk dihempas badai, kesabaran tetamu saya hari ini, pancing apollo beliau menghasilkan ikan merah sebesar tapak tangan orang dewasa.

Agak kecewa dengan hasil yang kurang memberangsangkan, saya membawa bot ke sebuah lagi kapal yang agak baru berlabuh. Dalam perjalanan saya teringat gewang 'strike pro' yang dibawa oleh tetamu saya dan saya menggunakan kesempatan dalam perjalanan melabuhkan gewang sambil trolling. Tanpa semena-mena kekili meraung bagaikan seorang bayi menagih susu...tetamu sata sempat bertanya apa ramalan gerangan yang menyambar gewang...saya menjawab...antara tenggiri atau baracuda ...Setelah tali habis dikarau...hasilnya seekor ikan tenggiri remaja menyambar gewang yang hampir 'missed' sudah ditakdirkan sebagai rezeki kerana meskipun hanya tertancap pada belakang ia dapat dinaikkan secara perlahan-lahan. Ini lah satu-satu nya hasil kami hari ini.

Dalam perjalanan balik kami singgah di sebiuah 'lawa-lawa' yang agak baru. Jika tidak silap kedudukan lawa-lawa ini adalah tempat ikan cermin bermain suatu masa dahulu. Mungkin minggu hadapan trip melawat lubuk ini akan dicuba!

Namun jika ada umpan hidup seperti kembong atau tamban, pasti hasil mungkin berbeza. Setelah melihat kepada jam menghampiri 11;15 pagi kami mengakhiri trip kami dan kembali ke pangkalan.

Perkataan yang selalu diucap setiap pemancing..nanti kita atur lagi trip...

Monday, 11 July 2011

pukulan sungai marintaman..


Cuti rehat diambil bagi menyesuaikan jumlah yang layak dibawa ke tahun hadapan supaya agak praktikal untuk diambil penghujung tahun. Jadi, cuti yang diamil saja-saja ini dimanfaatkan dengan aktiviti ke laut. Tambahan pula bulan puasa akan menjelang maka akan terhenti segala aktiviti ke laut nanti.

Pag tadi, yang menjadi masalah besar adalah mendapatkan umpan hidup. Kami hampir berputus asa kerana pencarian sehingga ke kuala Weston begitu menghampakan. Mujur sebelum memutuskan untuk balik, kami menelusuri pantai dan setiba di kuala sungaiLukutan airnya agak keruh. Tebaran pertama menampakkan hasil, meskipun matahari dan paras air sudah tinggi. Kami terus memecut ke sungai Marintaman. Hasilnya dua ekor MJ seberat hampir mencecah 1 kg setiap satu dapat didaratkan. Syukur...

Saturday, 23 April 2011

PERTARUNGAN DOUBLE STRIKE

video

Pertarungan Double Strike di lubuk tempur JTSFI pada cuti panjang sempena Good Friday yang disambung lagi dengan cuti hujung minggu dimanafaatkan sepenuhnya dengan aktiviti kegemaran di padang tempur.

Perancangan dibuat rapi memandangkan daripada risikan yang dibuat, kawanan pemangsa sering bertempik dan bersorak pada tiap pagi. Trip dimulakan pencarian umpan di sekitar Sungai Buntu Pelakat. Kesukaran untuk mendapat umpan hidup hampir mencacatkan perancangan yang dibuat. Mujur kesabaran di tahap tinggi dan tindakan berdikit-dikit dapat menghasilkan secukupnya.

Perancangan diteruskan dengan menuju ke JTSFI untuk menduga kekuatan GT di JT. Rakaman adalah seperti dalam video.